click me

09 July 2009

Sipadan island (World New 7 wonders of nature)

Sipadan rebut jadi World Seven Wonders of Nature


KEUNIKAN dan keindahan Pulau Sipadan bakal menjadikan pulau itu salah satu World Seven Wonders of Nature yang baru.


KOTA KINABALU - Pulau Sipadan, salah sebuah lokasi menyelam yang terbaik di dunia, bersiap sedia untuk melayakkan diri pada pusingan akhir pencarian World Seven Wonders of Nature yang baru.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi pencarian itu yang berakhir semalam, Sipadan dikatakan menduduki tempat keempat di bawah kategori pulau.

"Saya harap kita dapat dan layak untuk pusingan akan datang (pencarian World Seven Wonders of Nature yang baru)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan minggu orientasi untuk penuntut baru Politeknik Kota Kinabalu dekat sini semalam.

Beliau berkata, kementerian itu melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB), mempergiatkan kempen Vote for Sipadan bagi mempromosikan pulau itu sebagai salah sebuah daripada Seven Wonders of Nature yang baru sejak Disember tahun lepas. - Bernama

sumber: kosmo online (9 julai 2009)

No comments: