click me

21 May 2009

Hafiz AF7(juara)


Akim(ke-3), Hafiz(juara),Aril(naib juara)

Saya memang puas hati dengan keputusan akhir AF7.Hafiz memang layak dinobatkan sebagai juara AF7 berdasarkan persembahannya yang konsisten setiap minggu dan peningkatan dalam setiap persembahannya sehinggalah ke konsert yang terakhir.walaupun Akim juga telah menunjukkan transformasi yang amat ketara namun ia tidak dapat memancing undian para peminat dan hanya sekadar menduduki tempat ke-3.Apapun TAHNIAH kepada semua finalis AF7!!.teruskan transformasi anda dalam industri hiburan.hehe.Okeylah saya uplod semula video persembahan Hafiz dalam konsert terakhir,semasa beliau menyanyikan lagu barunya yang berjudul "masih Jelas" (I like this song hehe)


LIRIK LAGU BARU HAFIZ 'MASIH JELAS'

Beralih……musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi, dikau pergi

Penjara….hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda kehilangan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Ratib sendu….Ratib sendu
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku, keranamu dipisahkan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Beralih…musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi, dikau pergi
Dikau pergi…

No comments: